Isnin, 14 Disember 2009

hari yg membosankan

Esok start praktikal dah, aku dapat praktikal kat TM kemaman, still dalam trg.. Letih lagi nie, coz petang tadi baru sampai kat kemaman nie.. sampai-sampai tadi, tengok takde orang pun lagi, ade pun sikit je la, budak2 yang aku tak kenal. Maka dengan itu, duduk sorang2 la aku kat hostel nie sementara tunggu budak2 lain masuk hari sabtu nie.. Terpaksa la aku melayan saat2 kebosanan aku sorang diri kat sini untuk beberapa hari nie..makan sorang2, tido sorang2, semuanya sorang2 la...takde siapa2 pun nak teman..waaaaaaa.... =(

Jumaat, 13 November 2009

final exam

Final exam dah dekat dah, tapi study tak start pun lagi (apa nak jadi da). kenapa la aku jadi malas semacam je sem ni, tolong-tolong la sedarkan aku ye..huhu.

15/11 nie dah start exam, first paper, computer interfacing. tapi ade satu hal aku bengang, aku memang tak puas hati dengan jadual waktu exam sem ni. first paper start kul 2 - kul 5, pas2 malam 2 juga ade paper kul 8 - kul 11. lagi buat aku bengang, esoknya ade paper kul 9 - kul 9.30. ade ke patut buat jadual macam ni, bila masa aku nak rehat, nak study aku pun tak tahu la. bukan aku seorang je yang tak puas hati, satu kelas aku tak puas hati. aduh...

Tapi nak buat macam manakan, jadual dah keluar, so, terima je la..huhuu..Anggap je la ni satu dugaan.

Doa-doakan la aku dapat jawab dengan tenang exam sem ni ye and good luck 2 all my friends....

Sabtu, 10 Oktober 2009

pesta konvo

Alhamdulillah...
akhirnya selesai juga pesta konvo kat kampus selama 3 hari. macam2 aktiviti ada. first day, mula2 ada sambutan hari raya, ada la pertandingan khemah terbaik antara fakulti, fakulti saya dapat no 2.. ok la juga sambutan tahun ni, banyak juga tangkap gambar ngan kawan2, ngan pensyarah pun ada juga. petang ada pertandingan karaoke, ramai juga la yang sertai. boleh tahan la suara peserta2 yang masuk, tapi suara yang kurang ok pun ada juga..hehe.. malam lak ada konsert kumpulan inteam ngan aiman (naib johan nasyid kat tv9), tapi ribut, terpaksa pindah kat dalam dewan.

second day lak ade auto show dari pagi sampai la ke petang, ramai yang pergi termasuk la orang2 luar. macam2 kereta & motosikal ada, lawa2 lak 2, kalau boleh nak ambik je mana yang berkenan, tapi orang punyakan, so, tengok je la..huhu. show drift ada juga, best dapat tengok, tak rugi la pergi second day nie..hehe.. pertandingan macam memancing ada gak, buat kat tasik dalam kampus je (tak pergi tengok pun, coz tak berminat) petang 2 faizal af ngan shamrin fotograf ade buat sound test coz ada konsert malam 2, sempat juga la pergi bergambar, tapi ada orang cemburu & tak puas hati, sabar je la..huhu..masa konsert malam 2, hujan renyai2, tapi still ramai yang pergi termasuk la orang luar..sampai ada yang sanggup tahan lapar coz nak tengok konsert, habis konsert baru pergi cari makan..huhu..

last day nie la hari bersejarah tuk senior2 saya, setelah lama study, akhirnya grad juga..mesti masing2 sukakan, muka mak, ayah masing2 pun nampak berseri2. mana tak nye, anak2 dah berjaya, sejuk perut mak mengandung tengok anak2 berjaya 2..saya pun jadi tak sabar juga nak grad, kena la tunggu lagi (sabar ye mak ayah)..harap2 result ok la..doa2kan la ye..amin..hehe..

Sabtu, 29 Ogos 2009

"Sinar Cahaya Ayat Kursi"

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,


Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,


setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua


memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..

"DOA"


Jika doamu dimakbulkan, tanda ALLAH manyayangimu,
Jika doamu lambat dimakbulkan, tanda ALLAH ingin mengujimu,

Jika doamu tidak dimakbulkan, tanda ALLAH merancang yang terbaik untukmu..

So..
Bersabarlah kita dalam menempuhi ranjau kehidupan yang makin penuh dengan dugaan yang amat besar sekarang. Jadilah mislimin & muslimah yang kuat & tabah dalam menempuhi segala dugaan. Sesungguhnya, setiap dugaa yang kita hadapi ada hikmah di sebaliknya. Jangan tepuk dada tanya selera, tapi tepuk dada tanyalah Iman.
Terimalah segala ketentuanNya dengan redha...