Jumaat, 1 Januari 2010

Tahun 2010..

Ramai yang pergi sambut, kat Kuantan la, kat KL la..Aku juga yang sambut kat hostel nie, sambut dengan tidur..hohoo..Tahun baru je, mesti orang cakap pasal azam baru. Nak buat itu la, ini la, macam-macam. Tapi sikit je yang boleh capai azam tu, kebanyakannya cuma sekadar buat azam, tapi tak usahakan pun untuk capai azam tu..macam hangat-hangat tahi ayam je la kan..buat azam, tapi tak usaha, tak ikhtar, baik tak payah buat azam, senang cerita..

Esok dah masuk minggu ke-4 aku praktikal kat TM tu..Aku kena duk bahagian switching, tak banyak kerja pun duk bahagian nie, banyak relax je..huhu.. Minggu depan mybe kena buat kerja luar, tak tahu la tu kena pergi kat side mane.. tunggu & lihat je la.."(^_^)"

Isnin, 14 Disember 2009

hari yg membosankan

Esok start praktikal dah, aku dapat praktikal kat TM kemaman, still dalam trg.. Letih lagi nie, coz petang tadi baru sampai kat kemaman nie.. sampai-sampai tadi, tengok takde orang pun lagi, ade pun sikit je la, budak2 yang aku tak kenal. Maka dengan itu, duduk sorang2 la aku kat hostel nie sementara tunggu budak2 lain masuk hari sabtu nie.. Terpaksa la aku melayan saat2 kebosanan aku sorang diri kat sini untuk beberapa hari nie..makan sorang2, tido sorang2, semuanya sorang2 la...takde siapa2 pun nak teman..waaaaaaa.... =(

Jumaat, 13 November 2009

final exam

Final exam dah dekat dah, tapi study tak start pun lagi (apa nak jadi da). kenapa la aku jadi malas semacam je sem ni, tolong-tolong la sedarkan aku ye..huhu.

15/11 nie dah start exam, first paper, computer interfacing. tapi ade satu hal aku bengang, aku memang tak puas hati dengan jadual waktu exam sem ni. first paper start kul 2 - kul 5, pas2 malam 2 juga ade paper kul 8 - kul 11. lagi buat aku bengang, esoknya ade paper kul 9 - kul 9.30. ade ke patut buat jadual macam ni, bila masa aku nak rehat, nak study aku pun tak tahu la. bukan aku seorang je yang tak puas hati, satu kelas aku tak puas hati. aduh...

Tapi nak buat macam manakan, jadual dah keluar, so, terima je la..huhuu..Anggap je la ni satu dugaan.

Doa-doakan la aku dapat jawab dengan tenang exam sem ni ye and good luck 2 all my friends....